
Selamat hari merdeka yang ke 53! Cabaran kita pada hari ini hanyalah mengekalkan kemerdekaan sebaik mungkin. Tugasan mereka sebelum kita mendapatkan kemerdekaan sudah selesai, kini tiba giliran kita agar menjaganya dengan baik untuk generasi akan datang.

Hari ini masuk hari ke 17 kita berpuasa di bulan Ramadhan tahun 2010 dan hari ini juga ramai yang bercuti sempena turunnya Al-quran ke dunia.

Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?
Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat. Sumber lengkap disini.


Sebelum ini ramai yang berminat menjadi pengedar produk semerbak tetapi disebabkan kekurangan modal, hasrat tersebut dipendamkan sahaja. Bagi memenuhi impian mereka yang berminat berniaga produk semerbak tetapi kekurangan modal, kini pakej terbaru ‘Junior’ diperkenal Khusus untuk anda. Ia cuma memerlukan modal RM100 sahaja. Anda akan dibekalkan dengan set tester, produk, flyers, sticker dan website untuk tujuan pemasaran.
Keterangan lajut dan pendaftaran sila rujuk sini.


Jawatan ini hanya dikhaskan sempena bulan Ramadhan 2010 ini sahaja. Ia mungkin akan disambung selepas Hara Raya Aidilfitri, bergantung pada keadaan semasa. Jika anda seorang yang BIJAK, berkebolehan dan sedang mencari pekerjaan sementara serta berminat bekerja tanpa stress, kami perlukan anda segera!
Kreteria seperti berikut:
1 kekosongan
Lokasi : Klang/Shah Alam
Projek KHAS Bulan Ramadhan Sahaja
# Lelaki/wanita
# Umur 20 – 30 tahun
# Min SPM/Diploma
# Ada kenderaan
# Pelajar IPTA/IPTS digalakkan
Berminat, hubungi : 016-9957740
Jika anda ada kenalan, anak saudara, jiran atau sesiapa sahaja yang anda lihat boleh mengisi Jawatan ini, hubungi kami segera. Pastikan anda tinggal di lembah Klang. Orang dalam tidak diperlukan…


Anda dijemput untuk menyumbang sehelai baju Melayu dan Baju Kurung Baru untuk diagihkan kepada anak-anak yatim dan fakir menjelang Ramadhan. Hanya Allah sahaja yang layak mengganjari Sedekah anda.
Cara Menghantar:
Bungkus mengikut set pakaian, setiap satu bungkusan satu pasang
Tulis kat bungkusan Saiz samada Baju Melayu/Kurung
Kemudian pos ke alamat di bawah:
SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
(U.P :Ahmad bin Sa’abun)
No. 12, Jalan Platinum 7/44
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Sertai mereka di facebook.


Foto ini dirakam oleh En Azri dari Damansara Damai, salah seorang pengedar SeMerbak. Beliau membuka gerai ini semasa perlawanan akhir Piala dunia baru-baru ini (Sepanyol menang
) yang diadakan bersama ADUN kawasan. Kata beliau, ‘Sambutan Boleh tahan’ sehangat sorakan bolasepak.


nasi padang
Apabila anda ke restoran nasi padang, seeloknya anda duduk sahaja tanpa memesan sebarang makanan, pelayan segera sampai dan menghidangkan berbelas-belas jenis lauk pauk dalam piring-piring kecil sehingga meja anda penuh. Setiap piring cuma berisi seketul lauk.
Di restoran nasi pandang, anda hanya bayar mana lauk yang anda makan sahaja dan tidak perlu bayar lauk yang anda tidak makan. Anda tahu apa kelebihan tradisi penghidangan nasi padang ini?
Falsafah penghidangan cara ini adalah :
- Pelanggan adalah orang kaya dan mampu makan seberapa banyak yang disukai.
- Pelanggan adalah orang besar yang tidak suka ditanya-tanya apa yang diingininya. Peniaga sebaiknya sudah tahu apa yang diingininya.
- Pelanggan adalah orang penting dan tidak ada masa menunggu lama sebelum nasinya diletakkan dimejanya.
- Pelanggan datang bagi menjamu seleranya. Oleh sebab itu beliau mahu pilihan lauk pauk yang banyak didepannya.
Dengan falsafah begitu, pelanggan berasa puas hati selepas makan dan tidak keberatan membayar harga yang lebih tinggi. Falsafah seperti ini semakin popular diamalkan oleh kedai makan kelompok atau food court. Biasanya apabila kita baru sampai dan mahu menarik kerusi untuk duduk, 3-4 orang ‘pelobi’ datang menghulurkan senarai menu mereka. Selalunya ‘otak-otak’ akan sampai dulu sebelum pesanan lain.


Tinggal beberapa minggu lagi Ramadhan akan menjelma. Peniaga Bazar Ramadhan juga mulai mula membuat perkiraan bisnes apa yang patut mereka lakukan. Tidak kurang juga belum pernah berniaga, masa inilah mereka ingin mencuba bakat niaga masing-masing. Tapak-tapak bazar juga telah mula diundi menanti penyewanya. Bagi yang tertinggal atau terlewat untuk turut serta berniaga ditapak bazar, jangan kecewa. Anda masih boleh berniaga dengan gaya bebas dan paling popular iaitu berniaga di tempat kerja dengan kawan-kawan dan sedara mara…
Teknik bisnes ini sangat berbaloi dengan kos yang hampir tiada, tapi hasilnya sangat berkesan. SeMerBak VC salah satu produk unik yang sesuai diniagakan setiap waktu kerana hadiah atau penghargaan sesuai tanpa mengira masa atau sesiapa jua.


Setelah beberapa minggu bertungkus lumus menyiapkan produk yang dinanti-nantikan ini iaitu SeMerbak VC, akhirnya ia siap sepenuhnya. Sekalung tahniah dan syabas kepada para pelanggan terawal yang menempah kerana sudi bersabar menantikan kemunculannya walau 2 kali ditunda tarikh penghantarannya.
Sejak semalam lagi, pesanan tersebut mula dihantar dan kemungkinan besar bagi yang tinggal disemenanjung Malaysia, pesanan anda akan sampai hari ini. Orang pantai timur kena sabar sikit, Ahad sampai la kot…

Memang kelihatan agak kelam kabut apabila semua perkara ingin dilakukan dalam satu masa! Tunggu Pos Laju hon…


Baru-baru ini saya mengatur pertemuan dengan sahabat lama yang hampir 5 tahun tidak nampak muka. Hanya berhubung melalui sms dan telefon. Pertemuan dengan beliau dipejabatnya membuatkan saya agak teruja dengan bisnesnya yang semakin ‘BOOM’! kebanyakannya bisnes beliau adalah mengimport produk xxx terbesar diMalaysia dan beberapa produk lain yang menjadi kegemaran ramai.
Dalam pada sembang-sembang, dia kata ada satu produk kecantikan yang dahulunya dimiliki oleh sebuah syarikat MLM. Tapi kini beliau telah mengambilalih dengan memborong semua produk tersebut disebabkan syarikat tersebut tidak lagi aktif. Dia kata nak ‘clearkan stok‘. Harga pasaran semasa produk ini dijual oleh syarikat MLM sebelum ini adalah RM270! tapi untuk harga clear stok, beliau hanya menjualnya dengan harga RMxx! Ohh.. murahnya detik hati saya. Ini boleh buat meniaga ni…..
Fungsi produk ini adalah seperti berikut:
- Mencerahkan kulit muka
- Menegang kulit muka
- Menghilangkan jeragat dan tompok hitam
- Menaikkan seri muka
Paling menarik, Kesannya dapat dilihat serta merta!
Sebelum meniggalkan pejabatnya, beliau sempat memberikan sekotak Nano nourishing mask ini untuk saya mencubanya. “Taiko, ini ‘Money Back Guarentee’” katanya bersungguh-sunguh sambil tersenyum girang. Untuk tempahan anda boleh layari www.semerbak.net
(Pertanyaan harga borong- email ke admin@semerbak.net)
