
1. Bekerja
Kita bekerja dan mendapat upah pada hujung bulan. Bagi kebanyakan orang, cara inilah satu-satunya punca pendapatan mereka. Walaupun pada awalnya cara ini paling banyak mendatangkan kebaikan, lambat laun ia akan berakhir juga. Kebanyakan orang hanya mampu bekerja sehingga usia tertentu. Walaupun kita masih sihat selepas persaraan dan boleh bekerja, kita tidak mungkin mendapat gaji sebanyak dulu.
2. Aset Mendatangkan Keuntungan
Cara ke-2 adalah daripada hasil pulangan aset. Jika anda memiliki sebuah rumah dan menyewakannya, pendapatan daripada sewaan itu boleh membantu anda sedikit sebanyak dan jika sekiranya anda memiliki 10 buah rumah, maka sewaan itu sudah cukup untuk menampung hidup anda sekeluarga. Paling seronok, anda tidak perlu mengerah tenaga bagi mendapatkan wang.
Walaubagaimanapun aset anda hanya boleh menghasilkan pulangan yang lumayan jika jumlahnya besar. Jika anda melabur RM10,000 maka pendapatan tahunan adalah lebih kurang RM1,000. Jumlah ini sudah tentu tidak mencukupi untuk menampung hidup anda setiap bulan.Tetapi sekiranya simpanan anda berjumlah RM1 Juta, maka faedah tahunan adalah RM100,000 atau RM8,333 sebulan (10%). Kebanyakan kita dapat hidup selesa dengan wang sejumlah itu.
3. Durian Runtuh
Cara ke-3 adalah melalui hadiah, subsidi, harta pusaka atau durian runtuh. Walaupun memang seronok mendapat hadiah atau menang loteri, tetapi ia adalah sesuatu yang tidak pasti berlaku. Kita mungkin dapat atau tidak. Ia bergantung pada tuah badan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam!
4. Berkahwin dengan orang kaya
Ini mungkin cara paling pantas dan sah dari aspek undang-undang untuk memperoleh kebebasan kewangan . Oleh sebab saya kurang berpengalaman dalam hal ini, saya ingin berkongsi dengan anda apa yang diperkatakan oleh Kumpulan “The Rolling Stones” mengenainya:
“Marry money is a full time job, I don’t need the aggravation. I’m a lazy slob.”
Tidak ada salahnya memilih jalan ini. Jika ini pilihan anda, saya doakan semoga anda berjaya










