Kenapa anda hendak berniaga? Sekiranya kini anda sedang bekerja makan gaji dan sedang memikirkan untuk berniaga sendiri, jangan sampai mengulangi kesilapan yang pernah dialami oleh kebanyakan orang iaitu dengan berhenti kerja dan masuk bisnes kerana bosan dengan keadaan ditempat kerja mereka.
Jangan berhenti kerja dan memulakan bisnes disebabkan anda tidak seronok dengan kerja anda ataupun disebabkan anda bergaduh dengan bos anda. Saudara perlu mempunyai alasan yang rasional bagi berhenti kerja dan memasuki dunia bisnes. Jika memang anda seronok dengan pekerjaan anda sekarang, anda patut berhenti dan melaksanakan rancangan bisnes anda itu.
Ramai orang hendak memulakan bisnes tetapi tidak tahu bisnes apa yang hendak mereka mulakan. Mereka mempunyai dorongan emosional yang kuat bagi berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri. Orang seperti itu adalah orang yang tidak seronok dengan kerjanya. Mereka mencari-cari idea bisnes apa yang hendak mereka ceburi. Mereka sebenarnya mengalami masalah peribadi ditempat kerja mereka.
Sekiranya anda sedang berada dalam keadaan seperti itu, jangan berhenti kerja dan memulakan bisnes. Ada kemungkinan besar anda bukan hanya hilang kerja, tetapi akan hilang duit modal bisnes juga.
Ramai orang yang berhenti kerja bagi memulakan bisnes sendiri sebenarnyatidak mempunyai bakat bisnes. Mereka lebih baik terus bekerja dan naik pangkat dalam pekerjaan mereka. Tanpa bakat, bisnes yang mereka dirikan sama ada terpaksa ditutup ataupun hidup segan mati tak mahu.











