
Minggu lepas saya ke Cawangan Maybank untuk menukar kad ATM yang sudah lunyai digunakan setiap hari. Selama bertahun-tahun kad Atm tersebut berjasa dengan pelbagai fungsi, dari mengisi minyak hinggalah berbelanja diPasaraya yang menerima penggunaan kad tersebut dikaunter bayaran mereka. Bagi saya ini memudahkan kita berbelanja tanpa perlu membawa sejumlah wang yang banyak untuk berbelanja. Pilih, hulur kad, tekan pin no dan ambil resit.
Begitu juga dengan mengisi minyak distesen minyak terpilih, hanya berurusan dipam tanpa ke kaunter untuk membuat pembayaran. Hanya masukkan kad, tekan pin no dan tekan jumlah isian. Selesai masalah! Berbalik kepada kad debit yang baru saya terima beberapa hari lepas, kad debit visa yang popular dipanggil ‘Kad Cherry’ mempunyai beberapa fungsi lebih ‘Advance’ dari kad ATM biasa. Seperti biasa setelah kereta kehausan dahagakan petrol, saya singgah ke sebuah stesen minyak untuk menunaikan hajatnya.
Kali ini agak berbeza, masukkan kad dipam terus boleh isikan petrol ke tangki tanpa perlu memasukkan no pin atau jumlah isian. “Wah senangnya!”… dalam hati saya berkata, sama macam kad kredit. Kalau jumpa kad sapa-sapa boleh jolok terus saja kad tu
Pada kebiasaan saya isikan hanya RM20 pada tangki, jarang sekali tuangkan terus lebih dari itu melainkan perjalanan yang jauh. “Ehh..terbabas pulak!” sebab tak masukkan jumlah isian seperti mana biasa. “Ahh.. takpelah..” pujuk hati saya sendirian.
Selang 2-3 hari saya isi lagi dengan kad sama di stesen minyak jenama sama di lain lokasi. Kebetulan balik dari selesaikan urusan, saya buka maybank2u kerana ada pembayaran dari pelanggan yang membuat pesanan produk perlu disemak. Ehh.. ni bayar apa sampai RM200? nampaknya kejap tadi baru isi minyak cuma RM20.xx!? ada kecurian? sapa pulak cilok duit aku ni..? dalam kepala bercelaru memikirkan kemana ’short’ duit tu sambil tergesa-gesa menyelesaikan pesanan pelanggan yang mahu dihantar sebentar lagi. “Ahh.. dah nak pukul 3 ni, kejap lagi pos laju sampai, barang tak siap lagi!” rungut saya dalam hati. Nak call sapa ni? nak report kat bank? nak call stesen minyak tu? manatau kalau-kalau ada orang sambung pengisian selepas saya selesai buat pengisian petrol tadi? Ohh! gelabahnya aku…
Selesai saja kerja-kerja penting, terus saja saya call kawan yang kerja diMaybank untuk bertanyakan tentang masalah tadi. “Hell, apa benda REV PREAUTH tu? kenapa diorang potong duit aku RM200?” tanya saya kebingungan. Member tu cakap, “kalau ko isi petrol guna ‘kad cherry’ terus dari pam, bank akan tolak maksima RM300 dari akaun. Esok diorang masukkan balik” jelasnya ringkas. “Kalau bayar guna kad tu dari kaunter baru diorang tak tolak” sambungnya lagi. Mendengar jawapannya membuat hati saya lega dan terus tenang, maklumlah pengalaman baru menggunakan ‘kad cherry’. Nasib baik tak buat report polis
Sebenarnya sebelum ini bank dah tolak duit saya RM150 dalam akaun sebab isi minyak guna kaedah sama tapi tak perasan. Esoknya duit tu masuk balik. Jadi saya tak perasan keadaan tu berlaku (mungkin belum sempat cek maybank2u duit dah ada balik). Jika anda mengalami keadaan serupa, jangan panik! kalau hilang terus baru panik, ok!?











2 Comments
sy baru sj jd perkara yg sama… mmg gelabah x tau nak cakap pa… da la kita tgh kurang duit, kena tolak sampai 150rm… mau g maybank, tp da mlm da… kira nasib baik la sy jmpa blog tuan…. baru la tenang sket… td takut yg amat… mcm x nk pkai da kad tu… huhu.. (nape pelu maybank tolak duit kalu isi di pam?? x rasa menyusahkan org ke?? huhu…)
Lain kali kalau nak isi minyak guna kad debit, bayar dikaunter. Disana tak ditolak… duit selamat