Tidak SAH sekiranya anda mengatakan anda seorang “usahawan internet” atau anda mengatakan anda menjalankan “perniagaan internet” akan tetapi tidak tahu dan tidak pernah memiliki Sistem Autoresponder!
Tidak memiliki sebarang bentuk Sistem Autoresponder dalam aktiviti pemasaran di internet boleh diumpamakan anda ingin mengharungi perjalanan 10,000 kilometer dengan hanya berjalan kaki sahaja!
Anda MUNGKIN mampu sampai ke destinasi yang ingin ditujui tetapi berapa lamakah masa yang perlu anda ambil untuk tiba ke destinasi tersebut? Mungkin 1 tahun, 2 tahun atau mungkin anda akan terus “GIVE UP” untuk meneruskan perjalanan!
Sebaliknya jika anda memiliki Sistem Autoresponder, perjalanan anda mampu dipercepatkan dan dipermudahkan tanpa perlu kerja keras di pihak anda. Ianya adalah umpama anda menaiki sebuah “jet eksklusif” untuk anda tiba ke destinasi anda dengan penuh keselesaan.
Sistem autoresponder adalah merupakan satu sistem yang digunakan untuk mengurus segala aktiviti penghantaran email secara automatik kepada pelanggan yang telah mendaftar ke dalam sistem tersebut.
Sistem autoresponder turut digunakan untuk mengurus dan menyimpan rekod pelanggan seperti nama pelanggan, alamat email, no.telefon dan sebagainya mengikut kumpulan kempen pemasaran yang ditetapkan oleh pemilik sistem.
Sebagai contoh jika anda ingin membina 2 kumpulan kempen pemasaran iaitu satunya adalah untuk mendapatkan senarai prospek produk kesihatan dan satu lagi adalah untuk senarai prospek produk pakaian, maka dengan mudah sistem autoresponder dapat melaksanakannya. Dapatkan 2 Bab Tersebut Percuma Disini!











