Dapatkan Alat Bekam Sekarang! cuma RM15 sahaja!
Powered by MaxBlogPress 

Jaketku sayang…RM1!

Ya! itulah harga permulaan untuk jaket kulit yang saya lelong tempohari. Alkisahnya jaket ini hanya beberapa kali sahaja saya pakai dan belum pernah sekali digunakan untuk merempit! Hari ni saya akan hantar kepada pemilik baru jaket ini yang berjaya membida dengan harga yang memang murah juga. Orang Sabah Baa.. Tahniah kerana berjaya. Anda ada koleksi yang sudah tidak diguna? dah tak sayang lagi? lelong.com.my adalah tempat sesuai. Tapi tengok juga la barang tu, jangan pulak peti sejuk lama nak jual kat situ.

Setahun yang lalu saya pernah melelong laptop lama saya dengan harga cuma RM250! Model Acer dan spec agak lama. Yang menariknya screen dah patah tapi masih boleh guna. Kena sandar pada dinding bila nak guna :) Ada satu modem yang saya nak lelong tak lama lagi. Kisahnya modem ni saya beli baru tapi kena petir dan hantar repair under warranty. Masa tunggu modem tu siap saya dah tak sabar dan beli baru modem yang sama sebab nak guna cepat. 3 bulan kemudian kilang hantar semula modem tu dan sampai sekarang ia masih dalam keadaan baik tak pernah dibuka.

Kemudian la..saya bagi link Store saya di lelong.com.my pastikan anda ikuti kisah seterusnya di post lain. Tunggu…..

 

 

Share/Save/Bookmark

Post a Comment

Your email is never shared. Required fields are marked *

*
*