Dapatkan Alat Bekam Sekarang! cuma RM15 sahaja!
Powered by MaxBlogPress 

Aku si penjual Lampin!

Bulan Ramadhan memang terkenal dengan bulan NIAGA selain bulan Ibadah Bagi umat islam. Teringat suatu masa dulu sewaktu bulan puasa Tahun 2005, saya menyertai satu Bazar Ramadhan di Kg saya di Kanchong Darat, Banting. Betul-betul depan rumah arwah Datuk Hj Sidek (Bapa Datuk Misbun Sidek- Jurulatih Badminton Negara ) waktu itu tempat tersebut baru pertama kali dibuka kepada awam sebagai bazar ramadhan tempat menjual juadah berbuka puasa. Waktu itu adalah tahun ke-2 saya menjalankan perniagaan Lampin pakai Buang.

 

Yang menarik dan uniknya, saya turut berniaga dibazar tersebut menjual lampin! bukannya kuih muih atau barangan persiapan hari raya. Selamber Kodok je tu..! Hari pertama masa buka gerai memang kami menjadi tumpuan pandangan orang ramai yang lalu lalang dan yang datang ke bazar tersebut. Maklumlah..jual lampin tempat orang jual kuih. Banyak mata memandang tapi diorang segan nak singgah. Rasa-rasa ada sale tak hari pertama tu?

Download dulu bacaan Quran ni utk tambah pahala puasa anda. Ianya Percuma! Ingat, dengan pun dapat pahala. Apa lagi jika manfaatkannya.

http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx

Baiklah, bersambung cerita tadi. Tak sangka ada jugak jualan pada hari pertama saya berniaga lampin diBazar Ramadhan. Sehinggalah hari-hari seterusnya semakin hangat dan mendapat sambutan menggalakkan. Antara faktor lain yang menyumbang kepada sambutan pelanggan selain bisnes pelik, ia adalah kerana lokasinya betul-betul tepi jalan menghala ke jalan MORIB dan bersebelahan lampu isyarat (simpang empat). Lagi-lagi bila seminggu dekat nak raya, ramai orang balik kampung melalui jalan tersebut, yang naik bas, naik lori, tumpang awek kawan, ikut jiran semua nampak gerai kami.

Tahukah anda? Jualan harian tertinggi pernah dicapai dibazar tersebut waktu itu mencecah RM900 sehari!!? Orait tak? Ini disebabkan kami jual ikut bundel-bundel dan memang nak clear stok. Barang dalam kedai semua bawak situ. Kedai buka 1/2 hari je.. 3 cawangan kedai kami adalah di Jln Kebun , Batu belah dan Meru. Harapan saya akan membuka 10 cawangan dalam masa 2 tahun.

Perniagaan tersebut kini diambilalih oleh makcik saya dan hanya beroperasi diMeru. Ya…itulah secebis kisah manis saya berniaga bulan Ramadhan. Banyak Bisnes lain yang pernah saya lakukan pada bulan puasa sejak 12 tahun lepas. Ada yang manis dan ada yang pahit. Hanya pada 1-2 tahun kebelakangan ini saya tidak berniaga secara langsung bertemu pelanggan dan hanya melakukan melalui internet.

Orang dah maju, Zaman dah berubah

Pada waktu ini dan masa akan datang, saya lebih mengesyorkan kepada sesiapa yang minat berniaga agar cuba melakukannya melalui internet kerana kosnya yang murah dan pasaran yang luas serta tanpa had. Segala urusan lebih mudah, cepat dan mudah diurus. Mulakan dari sekarang walaupun anda tiada pengetahuan dalam dunia internet! Belajar dan ambil masa untuk sukses. Takkan lepas 3 tahun tak dapat hasil langsung!? segera ambil ujian IQ jika ia berlaku kepada anda.

Jika tiada satupun bisnes internet yang anda kenali, anda patut cuba SEMERBAK.NET!

 

 

Share/Save/Bookmark

5 Comments

  1. Posted 09/09/2008 at 8:01 am | Permalink

    terima kasih sharing info/ilmunya…
    saya membuat tulisan tentang “Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?”
    silakan berkunjung ke:

    http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/mengapa-pahala-tidak-berbentuk-harta.html

    semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin…

    salam,
    achmad faisol
    http://achmadfaisol.blogspot.com/

  2. salmiah
    Posted 20/09/2008 at 9:07 am | Permalink

    seronok baca pengalaman nazri di bazar ramadan. semoga bisnes nazri sukses.

  3. Posted 23/10/2008 at 8:24 am | Permalink

    Heh……memang idea bisnes yang luar biasa lagi pun sdra Nazri patut buat blog ttg lampin pakai buang nih dengan Adsense……mana tau dapat duit xtra……. :)

  4. Posted 18/11/2008 at 8:20 am | Permalink

    Sertai program keahlian IBC DISNI:
    http://instantbisnes.com/members/?agen=82

  5. ummu uswah
    Posted 27/08/2009 at 5:35 am | Permalink

    slm maju jaya. kunjungi http://serundingterpilih.blogspot.com/ untk tempahan serunding kelantan dgn harga yang berbaloi. salam ramadhan.

Post a Comment

Your email is never shared. Required fields are marked *

*
*