Banyak sangat komen yang menarik. Ada 11 komen yang dirasakan telus dan membina. Semua memang saya tak edit. Cuma saya akan berikan kepada 3 yang terbaik setelah dipilih secara rawak dan pertimbangan terakhir…. Kalau rasa2 anda nak cadangkan nama-nama mereka yang layak atau jika komen anda tersenarai antara terbaik dibawah bolehlah calonkan diri sendiri beserta sebab mengapa anda perlu dipilih sebagai pemenang.
PEMENANG AKAN DIHUBUNGI MELALUI EMAIL DAN BLOG INI
1. salam
dari segi kotak yang berbagai warna ianya menarik lagi perhatian orang ramai yang melihatnya,bersesuaianlah ngan harganya yang comel. harga yang diletakkan mestilah berpatutan hendaknya RM27.90 memadai setelah diskaun dari harga asal RM29.90.Untuk harga ahli RM15 dah mencukupi.iapon mudah untuk di display dan diletakkan dan boleh juga mudah untuk dibawa kemana-mana jua destinasi kerana harumannya yang mengasyikan bagi pengguna.
2. A’kum;
Mencadangkan harga sebotol haruman RM20-RM25. Sampel RM30 10 botol
Harga berpatutan, produk berkualiti dan dengan wajah yang baru berwarnakan keceriaan. Sasaran kepada yang suka mengumpul minyak wangi Tanpa alkohol, semua golongan mampu memilikinya dan boleh sentiasa bersamanya walau kemana sahaja pergi. Setiap rumah perlu memiliki 1 botol haruman sermerbak. Beli produk buatan Malaysia……..
3. Sebagai orang baru yang berminat mengenai produk semerbak ini, saya sarankan setiap wangian dijual dengan RM30. Sampelnya pula dijual dengan RM20. Dengan harga ini, saya yakin ia akan menarik lebih ramai lagi pembeli dan ahli baru daripada pelbagai golongan terutamanya pelajar dan golongan berpendapatan sederhana/rendah. Ini memandangkan ia adalah produk baru di pasaran yang perlu bersaing dengan produk lama jenama lain. Saya yakin dengan produk yang berkualiti serta harga yang berpatutan, semerbak akan berkembang luas di pasaran.
Produk berkualiti sentiasa dihati…
Harga berpatutan menjamin kepuasan…
4. salam nazri,
saya mmg suka bau aufa tu.. baju dah basuh pun still melekat lagi baunyer.. tapikan… sayang aar.. baru pakai tak sampai 1 bulan, botol aufa ku dah picah! sodeh tau! masa amik nak pakai tu dah terdetik dah botol ni nak terjatuh nih.. tup tup mmg terlepas dari tangan.. berkecai kacanyer ke lantai.. nak wat camner lagi.. terus aar buang dlm tong sampah dlm bilik tu.. berhari2 gak la tong sampah tu wangi.. isk! sodeh den!
5. asalammualaikum………dan slamat berpuasa semua…terima kasih kerana sentiasa updatekan website tuan…..dan promosi yang saya lihat agak berkesan sehingga saya berminat untuk menempah satu unit produk tuan…kalau boleh saya cadangkan produk tuan( minyak wangi) dapat diadakan dalam botol kecil*(1.5 ke 2.75 ml)**dan dicampur pelbagai wangian dalam satu set…….
contohnya 1 set megandungi 5 ke 10 botol bersaiz di atas….supaya pelanggan akan lebih pilihan….
terima kasih
6. Saya sarankan dijual dengan harga RM15 ke RM20 sebab harga ini berpatutan.Sedangkan harga sampel semerbak orang dah bising.Pesaing jual RM35 boleh dapat 10 sampel. Semerbak RM30 dapat 8 sampel.Sample pesaing kemas bungkusannya.Jadi dengan rupa dan wajah baru, harga yang disarankan memang berbaloi. Bukan sekadar budak sekolah,nenek atuk pun nak beli.
7. ASSALAMUALAIKUM..TERUTAMANYA BUAT EN.NAZRI.
SAYA AMAT TERPESONA DENGAN PACKAGING TERBARU YG AKAN DILANCARKAN OLEH SEMERBAK.NET NANTI..DENGAN KEPELBAGAIAIN WARNA&BUNGKUSAN YG MENARIK&EKSKLUSIF PASTI DAPAT MENARIK PERHATIAN PENGGEMAR MINYAK WANGI.DI TAMBAH PULA DENGAN HARGA YANG DI TAWARKAN JUGA AMAT BERPATUTAN.BAGI SAYA,JIKA SUDAH SUKA,HARGA TIDAK MENJADI MASALAH.TETAPI SAYA RASA HARGA YG DITAWARKAN HARUSLAH BERPATUTAN.KERANA TIDAK SEMUA PENGGEMAR MYK WANGI ADALAH DR GOLONGAN YG BERKEMAPUAN.APA YG PENTING, IANYA HALAL,TAHAN LAMA&BERMUTU.SEMOGA SEMERBAK AKAN MENJADI PELOPOR MINYAK WANGI YG TERUNGGUL DI MALAYSIA.WALAUPUN MENDAPAT SAINGAN DARI JENAMA LAIN,NAMUN SEMERBAK TETAP MENJADI PILIHAN SAYA.TERIMA KASIH…
8. Salam sejahtera,
Sebelum ini saya bukanlah pengguna minyak wangi terutama yang berharga mahal seperti yang terdapat dipasaran semasa kerana kebanyakannya iklan sahaja yang lebih, wanginya tak semerbak mana pun. Pakai pagi tengah hari dah bau lain!.
Pertama kali saya menggunapakai SEMERBAK saya amat teruja sekali kerana keharumannya menjadi tarikan semua orang.Pakai pagi sampai ke malam masih harum lagi(kalau tak mandi le!).Status HALALnya perlu dibuktikan dengan Sijil JAKIM atau Pihak Berkuasa Persijilan Halal yang diperakukan bagi meyakinkan pengguna Muslim.
Untuk edisi khas Hari Raya saya cadangkan harganya sekitar RM10 bagi Ahli dan RM15 bukan Ahli untuk botol 8ml /10ml sebagai pengenalan untuk dihadiahkan kepada rakan rakan semasa Hari Raya Aidulfitri nanti.(Kalau mereka perlu lagi senang le nak jual).Selepas tempoh promosi khas tamat,bagilah harga berapa yang patut yang mampu milik!.
Saya bersetuju penghantaran produk menggunakan kurier bagi menggantikan Pos Laju,kerana terjamin kesampaianya dan bungkusannya tidak dibuka.(Ini pengalaman saya )
9.Assalammualaikum..salam ramadhan semua.
Sebenarnya,sy bknnya penggemar minyak wangi..ssh sgt nk cr yg berkenan.Dan xpenah pkai myk wangi..sampaikan kwn2 pon pelik coz dr xpenah nk me”wangi”kan diri dgn myk wangi dan skrg jual lak myk wngi.1st try,terus berkenan ngn SEMERBAK..
About edisi raya,packaging yg menarik n nampak exclusive..mcm mhl jek,tp sbnrnya amat berpatutan dan sesuai ngn kualiti..wangi & tahan lama..Cuma nmpk hambar jek coz plain,why not decorate cket ngn corak batik or bermotif floral..meriah cket kan??One more thing..agak penting gak,mane logo halal??Logo nie penting coz nk yakinkan pelanggan.Sekadar ckp,tp xde bukti pengiktirafan halal..agak ssh org nk percaya kan??bkn utk edisi nie jek,edisi yg biasa pon kn letak gak.
Harga RM 15 utk ahli??Relevan & berpatutan.Lgpon nie kan edisi raya,harga mcm nie bkn selalu boleh ditawarkan.Anggapla harga nie sbgai penghargaan kepada peminat2 SEMERBAK.Utk bkn ahli,tawarkan harga RM 25.Masa ni la nk pekenalkan produk SEMERBAK kepada org yg xpenah taw even dengar ttg produk nie.So dgn harga ISTIMEWA nie,xmustahil mereka akan terus bg sokongan kepada SEMERBAK…
okla,dat all my point of view..slamat berbuka..
10. Kotak menarik, Hati tertarik untuk memilikinya, kalau boleh kotak itu pelbagaikan corak dan warna bagi nampak menarik, botolnya saya belum tahu maccamna, harap2 cun melecun. baunya juga klu boleh perbanyakan lagi, sebab byak kwn yg bertanyakan, Untuk harga pulak, biarla berpatutan kan untuk ahli, kalau muarah boleh la saya tempah bayak cikit untuk memberikan kepada kawan2 untuk mencubanya. Harganya kalau diskaun untuk 30% RM 28.00. kalau sekitar Rm 15.00 ok la untuk ahli.
11. kalau boleh cuba tukarkan pos laju kepada pos lain, seperti kuria service, sebab apa tau tak. klu melalui pos laju, barang tak terjamin, koyak pulak bungkusan, pas 2 dah ada pulak yang bukak kan bungkusan, Sebab apa? sebabnya saya terkena dah gan semua itu. klu boleh la kan cuba la, kalau daftar dengan agent kuria 2 tak seberapa janji penghantaran dia selalu la 2 yang boleh dpt murah klu poskan.
Jika anda mahukan 270 panduan Tarik Trafik ke website anda, sila download percuma disini :
Anda akan dibayar RM3 setiap kali ada member anda download bendi juga secara percuma! Yang penting daftar dulu, isi nama dan email anda disitu, itu aja!











10 Comments
komen no.3,8 dan 10 adalah antara yang terbaik kerana susunatur ayatnya padat, kemas dan maksud yang disampaikan juga jelas.
Saya memilih no. 6 dimana,
Quantity and quality equal to satisfaction.Customer akan teruja dengan harga menarik,pembungkusan yg cantik,haruman yang mengasyik lagi tertarik.Sekali ‘colek’…fuh….semuanya menoleh ke arah sesiapa yang memakai. Harga bakal jadi murah jika order lebih dari 10, kalau hanya satu sahaja yang dijual RM20 lah. Pembeli akan tertarik dengan harganya tetapi lihat pada amount minyak wanginya.RM20 = 10ml. RM15 = 5ml.RM5 = 2ml. Yang ada wang ringgit tidak kisah dengan harganya, yang sederhana was-was hendak memilikinya.
“KECIL MOLEK WARNA MENARIK, HANYA SECOLEK SEMUANYA PASTI TERTARIK…..SEMERBAK BESTTT!!!
P/s: Pembeli lebih suka / minat membeli sample dahulu dari membeli Product yang sebenar.TRY first ,bila teruja hanya secolek,nanti mereka akan call kita balik….betul tak kengkawan.
mudah2an Allah berikan rezeki kemenangan padaku… ameen…..
Semerbak bak kasturi bak haruman disyurga…..sudah terbukti minyak yang halal telah di sahkan oleh JAKIM.Membuat penampilan lebih bergaya dengan imej yang baru.Jikalau anda seorang yang suka merendahkan diri kerana mempunyai bau badan CUBA lah sekarang dengan wangian baru dari SEMERBAK..Ubah penampilan diri anda sekarang jadilan diri anda yang sebenar.Insyaalah berkat ikhlas kita dengan penggunaan produk ini kita akan menemui kehidupan yang sempurna……..
saya kagum dengan anda,kerana tak jemu2 mempromosikan produk ada.saya berminat untuk menyagakan produk ada tapi tak tahu macam mana. boleh anda terangkan apa yang perlu saya buat
Terima kasih semua kerana sokongan anda. Cadangan dan pandangan anda amat dihargai. Kepada pemenag, hadiah akan dihantar selepas raya sebab nak bagi versi baru. Saya akan hubungi anda secara peribadi.
bau semerbak sangat diperlukan , pastikan betul ramuan nya halal.
bau semerbak memang menyegarkan lagi suci.
Thank you! I added this page to bookmark)) I think would be useful …
Dpt kan free h/phone&50 jam masa brbual. Juga insuran takaful 5k