Mungkin ada diantara anda yang sebelum ini pernah beberapa kali menerima sms dari seorang ahli Kasturi Ilham yang menyatakan plan baru syarikat tersebut. Tidak salah jika ingin melakukan pemasaran cara sms, tetapi JANGAN gunakan/masukkan nama syarikat lain yang boleh mengelirukan orang ramai, khususnya ahli/pengedar semerbak. Mereka boleh ambil no. tel a.k.a copy dari website semerbak.net untuk tujuan pemasaran tanpa melibatkan nama semerbak.net
Aduan seperti ini telah kami terima beberapa kali sebelum ini tanpa rasa prejudis. Hari ini sekali lagi kami dimaklumkan bahawa sms tersebut sekali lagi dihantar dengan tujuan mengelirukan penerima. Maka hari ini kami dengan rasmi menafikan pihak Semerbak Industries ada menghantar sms tersebut. Diharap anda yang menerima dapat menilai sendiri sebelum membuat apa jua keputusan.
Kepada pihak yang melakukan perkara ini, diharap berhari-hati semasa membuat pemasaran yang boleh dianggap spamming ini. Kalau nak hantar juga, JANGAN letak nama Semerbak. Gentelman bro…! Semoga wangian Kijang Kasturi maju jaya.. amin.


