
Rata-rata peniaga internet (IM-internet marketer) yang memasarkan produk fizikal mempunyai pandangan dan pengalaman berbeza mengenai servis yang dilakukan oleh syarikat penghantaran barang atau dikenali sebagai kurier servis. Ramai dikalangan mereka juga sering memuji ke’bagus’an syarikat kurier lain berbanding Pos Laju.
Pos Laju sering di label lembab, tak selamat, cuai dan macam-macam lagi oleh sesetengah mereka yang cuma ‘dengar-dengar’ pengalaman buruk dari orang lain dan belum pernah mencubanya sendiri. Bagi SeMerbak Industri, Pos laju menjadi sebahagian komponen penting syarikat dalam menyelesaikan masalah penghantaran pesanan kepada pelanggan. Setelah lebih 3 tahun menggunakan khidmat Pos Laju, saya berikan 5 bintang untuk Pos Laju! Tahniah!
Takkan tak pernah ada masalah langsung? bohonglah kalau tiada masalah langsung! sikit-sikit tu ada juga, tapi bukan masalah besar. Antaranya,
a) Lewat, alamat tak dapat dicari atau alamat tak lengkap.
b) Lewat serah, disebabkan tuan rumah tiada. Kena tinggalkan kad dan ambil di Pejabat Pos Laju terdekat.
c) Lewat serah, disebabkan negeri penerima cuti atau sebaliknya. Contoh: hantar hari Khamis dari Selangor ke Kelantan
Lain-lain masalah seperti hilang belum pernah berlaku. Jika tak dapat diserah, ia akan dikembalikan kepada penghantar (pernah berlaku). Kalau nak cerita pasal kepantasan, Pos Laju juga pantas seperti kurier lain dan kosnya jauh lebih murah..
Kita sering jangkakan produk yang dihantar ke Sabah/Sarawak dari semenanjung akan tiba dalam 2-3 hari bekerja. Tapi jangan tak percaya, petang semalam pos laju pick-up barang ni dari pejabat kami, pagi esoknya pelanggan sms barang dah sampai…:) (Kuching). Biasanya jika lokasi masih dalam bandar dan ada pejabat operasi pos laju disana, ia memamng cepat sampai berbanding kawasan pendalaman yang perlukan 2-3 check point untuk sampai.
Baik, saya terangkan bagaimana nak semak pesanan anda dengan pos laju. Tak perlu pening-pening sampai migrain memikirkan pesanan anda.
1. Buka www. pos.com.my
![]()
2. Klik track & trace dan pilih Pos laju.
pos laju
3. Pilih kategori ‘Pos laju’ dan klik
![]()
4. Masukkan tracking no anda (ada kat borang kiriman)
![]()
5. Maklumat yang terpapar adalah no.tracking, tarikh hantar, masa, status dan pejabat lokasi. Kalau tak puas hati lagi dan nak lebih detail, klik pada tracking no tu.
![]()
6. Maklumat yang akan terpapar lebih detail. Ia akan memaparkan rekod dari mula perjalanan hingga parcel tersebut diserah. Siap dengan nama dan no.mykad penerima lagi…
Diharapkan dengan adanya maklumat ini, anda lebih berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pos laju.



17 Comments
kawan saya hantar barang pada saya dgn courier Nation …. sampai sekarang tak dapat,dah dekat sebulan.
Ya, kadang-kadang memang begitu..
knape sy xbole nk trace? asek2 record not found … susah hati la…~
Cara paling mudah – Call 1300 300 300
hmm…da check,tertulis kat ctu..penerima xde kat umah time anta barang..npe x tinggalkan kad bg tau suh amik sendiri..ishh
kalo guna pos laju,kos dia berdsrkn berat barg kn…untk perfume dr company tuan selalunye average rate dye brape?
Ya, rate ikut berat. Untuk perfume seperti semerbak, biasanya kurang 10 pek masih sama kosnya. Cth : RM6 (semenanjung) RM9(Sbh/Swk)
kalau nak hantar kereta ke kotakinabalu dari kuching bole ke guna pos laju?
kalu blh trace, tapi pihak menerima ckp xsmpai mcm mane ? nak wt mcm mane ?
kalau masalah barang rosak camna pulak? apa yang patut kita buat?
Semua barangan kebanyakan boleh dihantar melalui pos laju. Kereta kurang pasti, tapi motosikal boleh.
Masalah penerima tak terima barang dihantar boleh dilapor kepada pihak pos laju. Begitu juga kerosakan. Pengalaman barang tak sampai kepada penerima yang betul pernah saya alamai dan kes ini boleh diadu kepada pihak pos laju. CALL 1300300300
Biasanya ia memakan masa dalam seminggu utk selesaikan kes diadu.
Brng slalu lmbt smpai…
Error jak bila tracking brng…
Bila tnya org yg delivery, ckap x de kt uma, pdhal 24j ddk kt umah…
Ada 1x send email kt poslaju-x respon…
Bila call office, no answer…
Hahahaaaa… Last2 minggu ke3 bru dpt brng…;)
boleh ke kalau kita ambil barang tanpa kad ? tapi ada no tracking .
emm,nk tanya apa beza nya pos laju dng express pos???
Barang dah hantar 5hb tapi sekarang dah 8hb barang xsampai2 pun, bila trace=record not found, bila call 1300 300 300, perunding perkhidmatan asyik busy je so mcmana????
saya nak tanya, kalau barang makanan pos laju boleh hantar tak? barang makanan dalam bentuk liquid.
Saya baru beli satu barang nie …
dan
dihantar pada hari jumaat bersaamaan 17/8/2012 …
dan persoalan saya adalah ..
bila agaknya pos laju beroperasisemasa cuti raya … adakah selepas cuti raya … mintak bantuan daripada semuaaa …